fbpx

Pemandu maut kereta rempuh tembok Plaza Tol Penchala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan kenderaan tersebut selepas merempuh tembok di Plaza Tol Penchala, Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), dekat sini tengah malam tadi.

PETALING JAYA – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandu merempuh tembok di Plaza Tol Penchala, Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), dekat sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah menerima laporan berkenaan kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta sekitar pukul 1.24 pagi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira pukul 12.43 tengah malam apabila kereta dipandu mangsa dipercayai terlanggar tembok plaza tol menyebabkan dia tersepit di tempat duduk pemandu.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang merupakan warga tempatan dan berusia 37 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil di Balai Polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd. Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-32311232 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI