fbpx

[VIDEO] Pemandu lori rempuh 12 kenderaan diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sebuah lori merempuh beberapa buah kenderaan yang sedang beratur di Tambak Johor menghala ke Singapura, pagi ini.

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu lori berusia 34 tahun ditahan polis selepas terlibat dalam sebuah kemalangan membabitkan sejumlah 12 buah kenderaan yang dilaporkan berlaku di Tambak Johor yang menghubungkan Malaysia dan Singapura, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan berkenaan dilaporkan berlaku pada pukul 9.25 pagi tadi.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berpunca daripada kerosakan teknikal membabitkan lori yang membawa muatan habuk kayu.

“Kemalangan yang berlaku itu melibatkan 12 buah kenderaan, dengan enam daripada merupakan kenderaan berdaftar di Malaysia dan enam yang lain bernombor pendaftaran Singapura. Kenderaan yang terlibat adalah sebuah lori, sebuah bas, sebuah van dan sembilan buah kereta.

“Kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa mahupun kecederaan sebaliknya hanya laporan kerosakan kenderaan diterima. Siasatan lanjut sedang dibuat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI