fbpx

Novak Djokovic bangkit sahkan kemaraan di Wimbledon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC tewas dalam dua set pertama sebelum bangkit pada tiga set berikutnya untuk menundukkan Sinner. – AFP

LONDON – Pemain pilihan utama, Novak Djokovic terpaksa bermandi peluh sebelum dapat mengesahkan kemaraan ke pentas separuh akhir Kejuaraan Wimbledon dengan menewaskan wakil Itali, Jannick Sinner dalam pertarungan lima set awal pagi semalam.

Pada aksi suku akhir itu, Djoko­vic yang juga juara bertahan mempamerkan kebangkitan apabila ketinggalan dua set untuk menyingkirkan Sinner de­ngan keputusan 5-7, 2-6, 6-3, 6-2, 6-2 dalam tempoh tiga jam 35 minit.

Atlet kelahiran Serbia itu berkata, beraksi di Wimbledon sememangnya memberikan aura tersendiri sehingga memboleh­kan dirinya bangkit meskipun berada di ambang kekalahan selepas diberikan tentangan sengit oleh Sinner pada awal saingan.

“Saya cukup gembira dapat mengesahkan tempah ke pu­singan separuh akhir dan semua orang tahu Wimbledon adalah kejohanan tenis terbaik dunia dan gelanggang ini cukup istimewa sepanjang karier saya.

“Justeru, kemenangan ini adalah untuk penyokong, tetapi dalam masa yang sama, pujian juga wajar diberikan kepada Sinner yang cukup agresif. Dia masih lagi muda dan sudah pasti berpeluang untuk menjuarai gelaran Grand Slam pada masa depan,” kata pemain berusia 35 tahun itu.

Sementara itu, wakil Britain, Cameron Norrie turut mempamerkan saingan sengit selepas menewaskan David Goffin de­ngan keputusan 3-6, 7-5, 2-6, 6-3, 7-5 untuk menempah pertemuan dengan Djokovic di peringkat separuh akhir pada malam esok.

“Saya tidak sangka dapat me­langkah ke peringkat separuh akhir kejohanan bertaraf Grand Slam buat kali pertama dalam karier. Ini adalah perlawanan yang cukup sukar dan bukan mudah untuk meraih kemenangan lima set di Wimbledon,” kata pemain pilihan kesembilan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI