fbpx
Tangkap layar adegan berpelukan antara dua lelaki dan seorang wanita yang tular di laman sosial.

‘Kami mangsa keadaan pelanggan miang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIU – Seorang pelayan wanita sebuah restoran berada dalam keadaan tertekan dan terpaksa menyendiri apabila tidak tahan dikecam sejak video yang memaparkan dia dipeluk oleh dua lelaki tersebar di media sosial hujung minggu lalu.

Berita berkaitan: JHEAT siasat video pelanggan lelaki peluk pelayan wanita

Bukan itu sahaja, wanita berusia 32 tahun tersebut yang sebelum ini menjadi pelaris restoran tersebut terpaksa bercuti sejak kelmarin dan menyahaktifkan akaun media sosialnya walaupun telah mengumpul lebih 300,000 pengikut.

Tambah membuatkannya tertekan ialah apabila premis perniagaannya turut didatangi pasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu yang menjalankan siasatan pada malam Isnin lalu selepas video itu tersebar.

Salah seorang pekerja restoran tersebut yang enggan dikenali berkata, wanita itu terpaksa bercuti bagi menenangkan suasana dan menguruskan hal peribadinya.

Berita berkaitan: Pelanggan lelaki peluk pelayan wanita dikecam

Dia juga kecewa kerana mendakwa wanita itu dan restoran tersebut bagaikan teraniaya disebabkan keterlanjuran pelanggan mereka.

“Dia mangsa keadaan, orang lain buat hal kami yang kena.

“Tidak pasal-pasal terpaksa bercuti untuk menguruskan hal ini (memberi keterangan kepada pihak berkuasa),” katanya ketika ditemui Kosmo! di restorannya di Kampung Saujana di sini kelmarin.

Bagaimanapun, pekerja restoran itu memberitahu setakat ini, operasi perniagaan premis makanan tersebut masih beroperasi seperti biasa.

Tinjauan mendapati, restoran menjual air buah dan masakan panas itu masih lagi dikunjungi ramai pelanggan terutama dalam kalangan lelaki.

Begitupun, restoran yang beroperasi dari pukul 5 petang hingga 10 malam itu bagaikan kurang seri dan meriah tanpa kehadiran wanita itu.

Sebelum itu, perkongsian klip video berkenaan mendapat kecaman netizen terutama dalam kalangan isteri penggemar motosikal berkuasa tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN