fbpx

Jemput individu sesuai untuk jadikan contoh kepada pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pempengaruh yang dijemput oleh sebuah sekolah bagi sesi ceramah berkaitan COG (Cerita Orang Gagal).

SEREMBAN – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyarankan mana-mana ikon atau pempengaruh yang dijemput oleh pihak sekolah mestilah dalam kalangan mereka yang boleh dijadikan contoh terbaik untuk generasi pelajar.

Presidennya, Mohd. Azizee Hasan berkata, di negara ini terdapat ramai bakat anak muda yang hebat dan berjaya dalam pelbagai industri untuk dijadikan ikon dan pempengaruh kepada para pelajar.

Menurutnya, kini hangat diperkatakan kehadiran seorang pempengaruh TikTok popular Haqiem Stopa ke salah sebuah sekolah untuk menyampaikan sesi ceramah berkaitan COG (Cerita Orang Gagal).

“Pihak iGuru menyambut baik Hasrat murni pihak sekolah untuk mengetengahkan kisah orang-orang yang pernah gagal yang akhirnya berjaya untuk dijadikan inspirasi kepada para pelajar.

“Pempengaruh yang telah berjaya di dalam bidang masing-masing serta memiliki akhlak dan moral yang tinggi wajar dijemput ke sekolah-sekolah untuk menjadi ikutan yang baik kepada para pelajar meskipun mereka dari latar belakang yang pernah gagal sebelum ini dan berdepan ujian dalam kehidupan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Mohd Azizee lagi, pihak sekolah perlu menapis mana-mana ikon yang ingin dijemput ke sekolah dan mengikut SOP yang ditetapkan agar hero yang ditonjolkan nanti memberikan nilai positif dalam diri para pelajar.

Menurutnya, membawa ikon yang tidak bersesuaian akan memberikan mesej negatif dan mengundang cara fikir salah dikalangan para pelajar kerana mereka masih mentah dan belum sempurna tahap kematangan.

“Sekolah wajar menjadi premis terbaik untuk membangun intelek,bakat dan jatidiri murid.

“Tidak wajar menjemput mana-mana individu yang rendah moral dan adab untuk dijadikan ikon dalam mengisi program motivasi dan pembinaan generasi,” katanya.

Semalam, netizen mempersoalkan kewajaran sebuah sekolah menjemput Haqiem Stopa ke sekolah susulan bukanlah merupakan ikon yang sesuai untuk diangkat menjadi contoh kepada pelajar sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI