fbpx

Tiga sekeluarga, janin selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Khairul Asyraf (tengah) pada pengebumian isteri, Nurul Anis serta ibu dan adiknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Charuk Bemban, Baling pagi ini. - FOTO: SHAHIR NOORDIN

BALING – Tiga sekeluarga yang maut dalam kejadian kepala air di Kampung Iboi dalam mukim Kupang di sini kelmarin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Charuk Bemban di sini pagi ini.

Jenazah Nurul Anis Abu Hassan, 23, yang hamil empat bulan serta ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, dan adik ipar, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, selesai dikebumikan kira-kira pukul 5.30 pagi tadi.

Turut dikebumikan janin yang dikandungkan Nurul Anis.

Terdahulu, semua jenazah tiba di Surau Al-Istiqamah di Kampung Charuk Bemban dari Hospital Kulim dekat sini kira-kira pukul 4.25 pagi untuk disembahyangkan.

Suami Nurul Anis, Muhammad Khairul Asyraf Nor Azman, 24, dilihat mendukung janin masuk ke dalam surau tersebut.

Semua jenazah kemudian disembahyangkan di surau berkenaan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Jenazah Nurul Anis bersama janinnya dikebumikan di dalam satu liang lahad manakala dua lagi jenazah di dalam liad lahad berasingan.

Mayat Nurul Anis dan ibu mentuanya, Salmah yang lumpuh ditemui di bawah timbunan batang pokok kira-kira 100 meter dari rumah mereka kira-kira pukul 9.30 pagi semalam.

Sementara mayat Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, juga ditemui di bawah timbunan batang pokok berhampiran kira-kira dua jam kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI