fbpx

Tang Jie-Valeree lakar kejutan sensasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG JIE (depan) menganggap Valeree sebagai faktor utama kejayaan mereka mara ke pusingan kedua Malaysia Masters menentang beregu campuran Thailand di Axiata Arena esok. GAMBAR - AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Valeree Siow mencipta kejutan terbesar apabila menyingkirkan pemain ranking ke-12 dunia dari Jerman, Mark Lamsfuss-Isabel Lohau di pusingan pertama Malaysia Masters.

Turun selaku beregu No.150 dunia sema sekali tidak mematahkan semangat Tang Jie-Valeree untuk memberikan persembahan penuh bertenaga dengan kemenangan 21-17, 21-11 dalam tempoh 33 minit di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.

Biarpun menang straight-set, namun Tang Jie, 24, masih tidak berpuas hati dengan corak permainannya terutama pada awal saingan set pertama.

“Pasangan saya (Valeree) memberi keyakinan kepada saya di awal permainan selepas saya banyak melakukan kesilapan dan mudah memberikan mata kepada pihak lawan.

“Dia memberi motivasi dan sokongan ketika saya main tidak bagus dan kurang konsisten. Kali ini dia adalah pemain paling bernilai,” kata pemain dari Ipoh itu selepas tamat perlawanan.

VALEREE (belakang) beraksi cemerlang bersama Tang Jie menewaskan Lamsfuss-Lohau 21-17, 21-11 pada pusingan pertama Malaysia Masters di Axiata Arena hari ini. GAMBAR – AMIR KHALID

Bagi Valeree, pemain berusia 20 tahun itu hanya mahu memberikan prestasi terbaik setiap kali turun gelanggang tanpa terlalu memikirkan mengenai status dan ranking pemain lawan.

Di pusingan kedua esok, Tang Jie-Valeree bakal menentang ranking No.22 dunia dari Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran yang menang ke atas beregu Indonesia, Zachariah Josiahno Sumanti-Hediana Julimarbela 21-9, 21-19.

Kecemerlangan beregu campuran negara di pusingan pertama hari ini berterusan menerusi kejayaan Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei menewaskan Kim Won Ho-Jeong Na Eun dari Korea Selatan 23-25, 21-8, 21-7.

Dua lagi beregu campuran negara ke pusingan seterusnya ialah Chan Peng Soon-Cheah Yee See dan pasangan profesional, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI