fbpx

Selangor balas budi orang Kedah bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (dua kiri depan) ketika melepaskan konvoi bantuan Selangor Sayang ke Baling, hari ini. - FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Kerajaan negeri menghantar lebih 200 sukarelawan dalam membantu mangsa banjir di Kampung Bukit Iboi Mukim Baling, Kedah selama lapan hari bermula hari ini.

Langkah tersebut umpama membalas budi yang pernah dihulurkan sukarelawan Kedah kepada Selangor dalam kejadian banjir besar pada Disember tahun lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, misi bantuan yang dikenali sebagai Siri Bantuan Selangor Sayang itu melibatkan 189 anggota sukarelawan daripada 12 majlis perbandaran (PBT) di seluruh negeri serta 22 ahli pertubuhan Sukarelawan Selangor (Serve).

“Kita juga menyediakan 33 jentera terdiri daripada lori roro, jengkaut, pacuan empat roda dan lain-lain lagi serta 112 alatan untuk membersihkan lumpur.

“Kita buat misi ini setelah melihat kesan akibat banjir itu yang agak teruk, justeru terus melancarkan misi bantuan dalam tempoh 24 jam lalu,” katanya selepas melepaskan Siri Bantuan Selangor Sayang ke Baling di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini, hari ini.

Menurut Amirudin, beliau dimaklumkan oleh wakil kerajaan Kedah bahawa 1,424 orang mangsa daripada 12 buah kampung di mukim terbabit terjejas akibat bencana terbabit.

Justeru, beliau menjelaskan pasukan bantuan tersebut akan berada di Kedah selama lapan hari bagi melakukan kerja-kerja pembersihan serta bantuan kemanusiaan kepada mangsa.

“Kita akan hantar lagi sekiranya kerajaan Kedah memerlukan lebih ramai sukarelawan atau apa-apa bantuan yang diperlukan mangsa banjir,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI