fbpx
Tangkap layar gurauan tarik tudung wanita yang tular di media sosial.

‘Prank’ tarik tudung, YouTuber didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Gara-gara membuat video di media sosial tarik tudung wanita sebagai gurauan, seorang YouTuber didakwa di Mahkamah Majistret, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya telah menerima laporan polis sebelum menahan lelaki berusia 24 tahun itu pada pukul 7.30 malam kelmarin.

“Video yang tular itu memaparkan seorang lelaki (suspek) bertindak menarik tudung dua orang wanita (mangsa).

“Susulan itu, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, suspek telah dituduh di bawah Seksyen 14 Akta 336 di Mahkamah Majistret semalam dan dihukum denda.

Tambah Ashari, polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang rakaman dan penyebaran video mengandungi isi kandungan yang boleh mendatangkan kegusaran masyarakat serta menyentuh sensitiviti di masa akan datang.

Terdahulu, tular di media sosial memaparkan seorang YouTuber yang dikenali sebagai Nick memuat naik video gurauan tarik tudung dua wanita di saluran YouTube miliknya.

Selepas mendapat kecaman pengguna media sosial, lelaki berkenaan membuat permohonan maaf menerusi video terbaharu semalam. – KOSMO! ONLINE

POPULAR