fbpx

Lebih 110 negara catat peningkatan kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Lebih 110 negara di seluruh dunia merekodkan peningkatan kes Covid-19 didorong oleh penularan dua subvarian iaitu Omicron BA.4 dan BA.5 yang menyebabkan jangkitan secara pantas.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, selain Malaysia, negara jiran seperti Singapura dan Indonesia sedang mengalami peningkatan kes susulan penularan subvarian berkenaan.

“Jangan ambil ringan situasi ini, ramai di sekeliling kita yang tidak dijangkiti Covid-19 sepanjang dua tahun lepas kini telah dijangkiti.

“Pakai pelitup muka di tempat tertutup dan sesak serta amalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform dan Seek). Dapatkan dos penggalak dan penggalak kedua bagi warga emas serta golongan berisiko tinggi,” katanya menerusi ciapan di Twitter sebentar tadi.

Semalam, sebanyak 2,932 kes baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini  termasuk dua kes import menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,540,965 setakat ini.

Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 959 kes diikuti Kuala Lumpur (947), Perak (194), Negeri Sembilan (176), Sabah (143), Pulau Pinang (107) dan Kedah (67).

Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Putrajaya (61), Johor (57), Sarawak (54), Pahang (51), Melaka (42), Kelantan (30), Terengganu (18), Labuan (16) dan Perlis (10).

Dalam perkembangan sama, sebanyak empat kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID).

Jumlah kematian yang direkodkan setakat ini adalah sebanyak 35,787. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI