fbpx

Lanjutan diskaun sewa 50 peratus untuk penyewa, penjaja premis DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalaluddin bertemu peniaga Anjung Selera Jalan Jujur, Bandar Tun Razak pagi tadi.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melanjutkan pengurangan kadar sewa sebanyak 50 peratus kepada penyewa pasar berbangunan dan pusat penjaja DBKL bagi tempoh enam bulan bermula Julai sehingga Disember ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, ia melibatkan 5,766 akaun dalam kategori pasar berbangunan dan pusat penjaja DBKL, dengan anggaran pengurangan hasil sebanyak RM3,072,447 untuk tempoh pelanjutan pengurangan kadar sewa berkenaan.

“Bermula 1 April, negara memasuki fasa peralihan ke endemik namun masih terdapat rungutan daripada penjaja dan peniaga kecil tentang bebanan hidup terpaksa mereka tanggung akibat daripada impak ekonomi yang baru memasuki proses perkembangan secara berperingkat.

“Sehubungan itu, pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL berharap inisiatif ini mampu membantu peniaga dan penjaja kecil yang terlibat untuk terus mengoptimumkan operasi perniagaan mereka, sekali gus membantu mengurangkan bebanan hidup di ibu kota,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebelum ini, pihak DBKL telah memberi inisiatif pengurangan kadar sewa kepada peniaga dan penjaja kecil bermula Januari sehingga Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI