fbpx

Polis cari waris nenek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita warga emas ini dilaporkan berjalan sendirian di kawasan parkir sebuah hotel di pusat bandar George Town di Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Polis sedang mengesan waris seorang warga emas yang dilaporkan sedang berjalan sendirian di kawasan parkir sebuah hotel di pusat bandar di sini sejak 28 Jun lalu.

Menurut kenyataan, polis menerima maklumat daripada pihak hotel semalam yang memaklumkan tentang kehadiran seorang wanita warga emas di kawasan letak kenderaan hotel tersebut.

”Berdasarkan aduan tersebut, anggota Balai Polis Lebuh Pantai telah pergi ke hotel berkenaan.

”Hasil temu bual dengan wanita warga emas yang berusia dalam lingkungan 65 hingga 70 tahun itu mendapati dia gagal memberi sebarang keterangan berkenaan dirinya dan tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata, pihak polis mengalu-alukan maklumat daripada orang awam yang mengenali waris wanita warga emas ini.

Sebarang maklumat orang awam boleh berhubung dengan bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut ditalian 04-2181822 atau kaunter aduan Balai Polis Lebuh Pantai di talian 04-2641628. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI