fbpx
Suami wanita itu didakwa menarik rambut dan memukul wanita itu selepas perbuatannya diketahui. - Jam Press

Isteri curang diarak sambil kendong suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI – Seorang wanita di negeri Madhya Pradesh, India dipaksa berarak mengelilingi sebuah kampung sambil memikul suami di atas bahunya  sebagai hukuman kerana menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain, lapor akhbar Mirror UK  kelmarin.

Kejadian berlaku di Kampung Borpadaw selepas suami wanita itu membuat laporan polis setelah isterinya menghilangkan diri selama seminggu.

Sebaik  laporan polis dibuat, salah seorang penduduk kampung tampil mendedahkan bahawa wanita itu sebenarnya sedang bersembunyi di rumah kekasih gelapnya.

Menerusi satu klip video yang  tular,  wanita itu dilihat menggendong suami di atas bahunya dalam keadaan kesakitan sambil ditertawakan oleh penduduk kampung.

Suami wanita yang tidak didedahkan identitinya  itu didakwa memukul, menarik rambut dan menghempas isterinya ke tanah selepas mengetahui hubungan sulit itu.

Setakat ini, sembilan orang ditangkap berhubung kejadian itu, manakala wanita itu telah dihantar pulang ke rumah ibu bapanya. – Agensi

POPULAR