fbpx
Dua rakan bergaduh akibat rasa tidak puas hati kerana dikasari semasa bermain futsal di Sungai Petani pada semalam.

Tumbuk rakan gara-gara dikasari semasa main futsal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki bertindak menumbuk rakannya gara-gara tidak berpuas hati kerana dikasari ketika bermain futsal di Bakar Arang di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 9 malam itu berlaku sejurus kedua-dua mereka selesai bermain futsal di gelanggang futsal tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku
akibat rasa tidak puas hati apabila salah seorang daripada mereka bertindak memegang leher rakannya sebelum rakannya itu membalas dengan satu tumbukan di muka.

Katanya, suasana kelihatan sedikit kecoh apabila rakan-rakan yang lain cuba meleraikan pergaduhan tersebut sebelum polis tiba di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mereka merupakan kenalan rapat dan masing-masing bekerja sebagai operator kilang serta tiada sebarang rekod jenayah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati tiada sebarang penglibatan geng kongsi gelap dalam pergaduhan tersebut.

“Kedua-dua mereka bersetuju untuk menyelesaikan kes itu dan tiada sebarang tindakan lanjut dilakukan dengan kes dianggap selesai,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR