fbpx

Kaji semula cukai hiburan, bayaran panggung wayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAM Ron kecewa, manakala Afdlin pula menggesa pihak bertanggungjawab mengkaji semula cukai hiburan dan caj yang dikenakan kerana membebankan pembikin dan penerbit filem.

JIKA ada yang beranggapan jualan tiket ‘pecah panggung’ sesebuah filem sewaktu tempoh tayangan di pawagam sudah mampu membuahkan pulangan untung berjuta-juta sebagaimana jumlah kutipan tiket digembar-gemburkan, sangkaan tersebut tidak tepat.

Sudah lama menjadi duri dalam daging, isu duti cukai hiburan yang disifatkan menekan industri perfileman kembali dibangkitkan beberapa anak seni.

Selepas rakan seperjuangan seperti Datuk Afdlin Shauki bersuara tentang cukai filem tempatan, pelakon berkaliber Nam Ron melahirkan rasa kecewa tentang perihal sama yang tidak ramai tahu kebenarannya.

Nam Ron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan, 53, memaklumkan, anak wayang sepertinya ditekan dari pelbagai sudut dan bukan semuanya berakhir dengan keuntungan biarpun filem berstatus pecah panggung.

Sebagai contoh, filem dengan bajet RM8 juta seperti Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan memerlukan sekurang-kurangnya kutipan tiga kali ganda berbanding kos keseluruhan untuk pulang modal, termasuklah duti hiburan dan bayaran kepada pengurusan panggung.

“Kisah wayang tak ramai yang tahu. Sebuah filem ditayangkan di panggung wayang. Minggu pertama, panggung wayang mengambil 60 peratus daripada kutipan.

“Minggu kedua, panggung wayang mengambil 60 peratus daripada kutipan. Minggu ketiga dan seterusnya, panggung wayang mengambil 70 peratus daripada kutipan.

“Kerajaan mengambil 25 peratus dari keseluruhan kutipan,” katanya menerusi satu hantaran status Facebook.

Ujar pengarah filem One Two Jaga itu lagi, tatkala orang ramai terhibur menonton wayang, tak semuanya indah-indah belaka buat pemain filem.

“Orang ramai terhibur menonton wayang. Panggung wayang senang-senang buat untung. Kerajaan tak kisah yang penting cukai 25 peratus tak boleh kurang.

“Penerbit buat kira-kira, baki kosong-kosong. Itulah kisah diluahkan penerbit filem yang ramai orang tak tahu. Anak wayang terus ditekan kiri kanan depan belakang,” katanya lagi.

Terdahulu, Afdlin, 51, menyeru pihak bertanggungjawab untuk mengkaji semula cukai hiburan dan peratusan caj perkongsian yang dikenakan oleh pihak panggung wayang kepada pembikin filem tempatan.

Pengarah filem Buli itu mempersoalkan cukai hiburan yang dikenakan sehingga 25 peratus dan caj 50 peratus yang dikenakan oleh panggung wayang membebankan pihak pembikin filem dan penerbit.

Tidak terkecuali, pelakon dan pengarah, Mawi turut mendedahkan setiap penerbit tertakluk kepada undang-undang bahawa filem yang ditayangkan perlu menjelaskan cukai hiburan sebanyak 25 peratus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI