fbpx

Karnival Jualan Ehsan Aidiladha empat hari berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PKPS telah mengadakan Program Intervensi Ehsan sejak awal tahun ini. - Foto oleh ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM-Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) akan mengadakan Karnival Jualan Ehsan PKPS Aidiladha selama empat hari berturut-turut di lima lokasi terpilih bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang.

Walaubagaimanapun karnival tersebut tidak diadakan pada hari Jumaat kerana jualan akan tamat pada pukul 12.30 tengah hari.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Dr. Mohamad Khairil Mohamad Razi, antara lokasi terlibat adalah, Taman Perwira, Sijangkang pada 5 Julai, berhadapan Petron dan Seksyen BB8, Jalan Kantan 2, Bukit Beruntung pada 6 Julai.

“Karnival turut diadakan di Dataran Batu Laut, Tanjung Sepat pada 7 Julai dan Jalan GP2, Taman Gombak Permai, Gombak pada 8 Julai. Sementara itu karnival tersebut akan diadakan di belakang Blok D dan E, Pangsapuri Inai, Pandan Indah, Pandan pada 8 Julai.

“Had belian ditetapkan secara runcit sahaja iaitu dua unit bagi setiap jenis barangan untuk seorang pembeli,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Khairil berkata, karnival jualan tersebut adalah sebahagian daripada Program Intervensi Ehsan yang telah berjalan sejak awal tahun ini dengan kerjasama daripada agensi-agensi lain seperti Unit Perancangan Ekonomi Selangor (UPEN), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Kohijrah Selangor, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan semua Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Katanya lagi, jualan tersebut bakal digerakkan bagi memastikan rakyat Selangor terus mendapat akses secukupnya kepada barang makanan segar serta mengurangkan beban akibat kenaikan kos makanan menjelang Hari Raya Aidiladha.

Mengulas lanjut beliau berkata, terdapat lima barangan jualan utama yang akan ditawarkan pada hari berkenaan iaitu ayam dengan berat minima 1.8 kilogram (kg) pada harga RM15 seekor, telur ayam gred B (RM12 sepapan), minyak masak 1kg (RM2 sepeket), daging pejal segar (RM35 sekilogram) dan ikan sejuk beku (RM8 sepeket).

“Kuantiti barangan yang akan dibawa ke setiap lokasi adalah sebanyak 2,000 ekor ayam, 1,000 papan telur ayam gred B, 1,700 peket minyak masak, 1,000kg daging segar dan 100 peket ikan sejuk beku,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI