fbpx
Mayat Mohd Adnan (kiri) berjaya ditemui PPDA petang tadi disusuli anaknya kira-kira pukul 6.56 petang. - FOTO IHSAN BOMBA

[KEMASKINI] Jatuh bot, 2 mangsa lemas ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Mayat dua beranak yang hilang selepas bot dinaiki mereka terbalik di sebuah tasik sekitar Taman Cahaya, Sungai Chua berjaya ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) sebentar tadi.

Kejadian melibatkan tiga beranak tersebut menyebabkan Mohd. Adnan Johdi, 50-an dan Hakimi Mohd. Adnan, 15, terkorban manakala Mohamad Mustaqim Mohd. Adnan, 17, berjaya menyelamatkan diri.

Difahamkan, kejadian menyayat hati itu berlaku ketika mereka menaiki sebuah bot di tasik berkenaan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kedua-dua mayat berjaya ditemui PPDA sebentar tadi dengan melakukan pencarian di dasar tasik yang berkedalaman lapan meter dan permukaan air.

“Mayat Mohd. Adnan ditemui pada pukul 5.12 petang manakala anaknya, Hakimi Mohd. Adnan ditemui kira-kira sejam kemudian.

“Mayat kedua-duanya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, seorang terselamat manakala dua lagi dikhuatiri lemas dalam kejadian di sebuah tasik sekitar Taman Cahaya, Sungai Chua kira-kira pukul 2.15 petang. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR