fbpx

Selangor cadang kekal harga siling ayam RM8.90

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham (kiri) meninjau tapak jualan durian pada program itu hari ini.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri bercadang untuk mengekalkan harga siling ayam standard berjumlah RM8.90 sekilogram (kg) di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ir. Izham Hashim berkata, pihaknya akan membincangkan perkara itu secara menyeluruh dalam satu mesyuarat pada Isnin depan.

Katanya, perbincangan itu akan meliputi faktor kos dan bekalan ayam terutama menjelang sambutan Aidiladha nanti.

“Kita akan cuba mengekalkan harga berkenaan pada RM8.90 berbanding harga siling baru ketika ini.

“Segala keputusan mengenainya akan dimuktamadkan selepas perbincangan berkenaan dalam tempoh terdekat,” katanya selepas merasmikan Durian Fest @ Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) di SACC Mall di sini, hari ini.

Jelas Izham, pihaknya akan meneruskan pelaksanaan program intervensi bagi jualan produk pertanian termasuk ayam.

Tambah beliau, bekalan ayam di seluruh Selangor masih mencukupi untuk sambutan Aidiladha minggu depan.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI