fbpx

PPB mahu rancakkan kempen jalan raya di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong (kiri) dan Todt ketika bertemu membincangkan usaha merancakkan kempen keselamatan jalan raya di negara-negara ASEAN termasuk Malaysia hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) menyambut baik hasrat Duta Khas Setiausaha Agung PBB untuk Keselamatan Jalan Raya, Jean Todt untuk merancakkan kempen keselamatan jalan raya di negara-negara ASEAN termasuk Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, Todt memaklumkan hasrat itu kepadanya sempena Mesyuarat Peringkat Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Keselamatan Jalan Raya Global, yang berlangsung di New York ketika ini.

Beliau berkata, MOT dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) akan berbincang lanjut dengan Todt mengenai usaha itu.

“Selaku Duta Khas PBB untuk Keselamatan Jalanraya, Todt ditugaskan bagi merancang strategi berkesan untuk mendidik rakyat tentang keselamatan jalan raya dan seterusnya mengurangkan kadar kematian di atas jalan raya.

“Pada pertemuan itu, Todt yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari turut berkongsi data kemalangan maut yang beliau perolehi dan membuat perbandingan antara data dari Malaysia dengan negara-negara lain.

“Beliau (Todt) memuji Malaysia kerana melaporkan data sebenar mengenai kematian akibat kemalangan jalan raya,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Jelasnya, Todt yang juga Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) turut memberi pandangan untuk melipatgandakan usaha bagi mengurangkan kemalangan maut di atas jalan raya.

Ka Siong berkata, sebelum pandemik Covid-19, jumlah kematian atas jalan raya di seluruh negara adalah kira-kira 6,000 orang setahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI