fbpx

Harga siling ayam RM9.40 memadai untuk penternak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (dua kiri) ketika mengunjungi Jualan Terus Dari Ladang Keluarga Malaysia (JTDLKM) di Ibu Pejabat Fama, di sini hari ini.

SELAYANG – Penetapan kadar harga siling runcit RM9.40 sekilogram bagi ayam standard di Semenanjung Malaysia adalah memadai untuk penternak.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, ketetapan itu dibuat setelah mengadakan perbincangan dan libat urus bersama-sama penternak di seluruh negara.

“Harga baharu yang ditetapkan adalah memadai selepas mengambil kira masalah yang dihadapi oleh penternak.

“Ia termasuk dari segi masalah cuaca, geopolitik dan juga peningkatan kos makanan haiwan. Jadi harga yang ditetapkan ini adalah keputusan yang tepat,” katanya selepas Majlis Pelancaran Jualan Terus Dari Ladang Keluarga Malaysia (JTDLKM) di Ibu Pejabat Fama, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, bekalan ayam di seluruh negara ketika ini adalah stabil dan mencukupi.

“Kerajaan dengan pemegang taruh sentiasa prihatin mengambil langkah bagi memastikan bekalan makanan tidak terganggu.

“Setakat ini, bekalan makanan termasuk ayam adalah stabil,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI