fbpx

Zulkifli gesa kerajaan laksana ‘diyat’ dalam perundangan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli

PUTRAJAYA – Kerajaan perlu memperhalusi dan mempertimbangkan pelaksanaan ‘diyat’ dalam sistem perundangan negara susulan beberapa insiden kemalangan menyayat hati baru-baru ini.

Gesaan itu dikeluarkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamed al-Bakri menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Zulkifli berkata, beliau telah bentangkan usul pelaksanaan diyat sejak 2019 lagi ketika menjawat jawatan Mufti Wilayah Persekutuan.

“Hari ini, saya masih dengan pendirian yang sama,” katanya.

Katanya, beliau simpati dengan berita menyayat hati kes kemalangan maut sepasang suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) apabila dirempuh kereta dipandu lelaki disyaki bawah pengaruh alkohol di Jalan Serkam Pantai, Melaka baru-baru ini.

Zulkifli berkata, beliau yakin sudah ramai tidak sanggup berendam air mata dan hanya menggeleng kepala apabila membaca laporan di dada akhbar.

Justeru, katanya, beliau menyerahkan kepada pihak berwajib untuk mempertimbang pelaksanan diyat itu.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan kerajaan mungkin bakal memperkenalkan konsep diyat yang merupakan antara idea yang diterima jika hukuman mati mandatori dimansuhkan.

Diyat dalam definisi ringkas bermakna ganti rugi atas sesuatu kehilangan nyawa ataupun kecederaan.

Dari segi jenayah yang dilakukan, diyat terbahagi kepada dua jenis iaitu diyat nyawa iaitu diyat dibayar sebagai pampasan kepada nyawa yang dibunuh dan diyat anggota badan iaitu diyat dibayar sebagai pampasan kepada anggota badan yang dipotong.

Terdapat tiga kategori pembunuhan yang melibatkan diyat, iaitu pembunuhan dengan niat, pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tanpa niat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI