fbpx

Program BIT bakal lahirkan 22 usahawan francais tahun 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAZLAN (tengah) melihat produk hasil keluaran usahawan yang menyertai BITe di Kuantan semalam.

KUANTAN – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) menya­sarkan 22 usahawan prafrancais baharu dapat dilahirkan tahun ini menerusi program Transformasi Perniagaan (BIT).

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pernas, Mazlan Ibrahim berkata, bagi tahun ini, pihak­nya menyediakan peruntukan seba­nyak RM43 juta termasuk program BIT.

Menurut beliau, bagi menambah baik program BIT pada tahun ini, pakej pembiayaan prafrancaisi juga dinaikkan daripada RM25,000 kepada RM50,000.

“Ia untuk memberi peluang kepada bakal usahawan memiliki konsep perniagaan yang lebih menarik dan penggunaan peralatan yang lebih berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pe­rasmian Ekspo Mini BIT (BITe) di sini semalam.

Mazlan menjelaskan, Pernas telah membiayai sebanyak RM8.3 juta untuk program BIT sejak tahun 2013 dengan membabitkan seramai 2,000 prafrancaisi.

Tambah beliau, selain menye­diakan pembiayaan, Pernas juga membantu usahawan kecil dan sederhana menjadi lebih kompe­titif dan sistematik dalam menjalankan perniagaan melalui latihan, bimbingan serta khidmat nasihat.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, bagi mini ekspo kali ini, Pernas berjaya menarik penyertaan 150 usahawan, selain mengumpul 16 jenama tempatan untuk berkongsi kejayaan.

“Program BITe 2022 edisi ke­dua yang berskala besar akan di­adakan pada November de­ngan jangkaan penyertaan da­ripada 50 syarikat prafrancais BIT,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI