fbpx

Polis Kelantan heret 91 peratus penjenayah kes dadah ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (tengah) membersihkan kawasan longkang semasa Majlis Gotong Royong Mega 1.0, Perangi Aedes Peringkat Kontinjen Kelantan di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Polis Kelantan berjaya mengheret sebanyak 91 peratus penjenayah yang terlibat dengan kes dadah untuk dituduh ke mahkamah dalam tempoh lima bulan tahun ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sepanjang tempoh Januari hingga Mei itu, sebanyak 95 peratus kes dadah berjaya diselesaikan di mahkamah.

“Selain itu, lebih 70 peratus kes dadah di daerah-daerah di Kelantan juga dapat diselesaikan dalam tempoh tersebut.

“Berdasarkan jumlah itu, ia menunjukkan satu perkembangan yang baik malah kes yang diambil adalah berkualiti dan terancang sehingga akhirnya pertuduhan ke mahkamah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Gotong Royong Mega 1.0, Perangi Aedes Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki berkata demikian ketika diminta untuk mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang memaklumkan bahawa mahkamah di Kelantan ketika ini mengendalikan sebanyak lebih 70 peratus kes melibatkan kes dadah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, polis berdepan kes tangkapan kes dadah setiap hari dengan kebanyakannya melibatkan pelbagai seksyen mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI