fbpx

Lisa Surihani takut terleka dengan pujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LISA SURIHANI

PETALING JAYA – Bukan mudah untuk istiqamah, pelakon Datin Lisa Surihani mengakui berasa takut sekiranya dirinya dihujani dengan pujian ramai tentang penghijrahannya.

Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 36, dugaan boleh hadir dengan cara yang positif seperti pujian dan enggan dirinya hanyut dalam lautan kata-kata positif yang diberikan umum.

“Antara dugaan yang dilalui ialah berbentuk positif, Bila orang mendoakan, kita aminkan dan akan berbalik kepada mereka berganda.

“Namun, jika orang mula memuji, saya takut. Walaupun positif, tetapi perkara itu mampu melahirkan sifat sum’ah iaitu suka dengan pujian,” katanya dalam sebuah program hiburan malam tadi.

Kata pelakon filem Lagenda Budak Setan itu, meskipun pujian merupakan kata-kata yang indah namun semua itu boleh melalaikan seseorang.

“Lumrah manusia suka dengan pujian tetapi kadang-kadang kita boleh terlupa dan rasa seronoknya apabila dipuji orang lain.

“Apapun, mereka yang berhijrah perlu sentiasa ingat semuanya datang daripada Allah, muhasabah diri dan ingat niat asal kita.

“Untuk kekal istiqamah ini sebenarnya agak mencabar dan ada macam-macam perkara yang boleh membolak-balikkan hati kita. Sama-sama kita mendoakan sesama sendiri,” ujarnya.

Sebagai info, dia yang merupakan isteri kepada pengarah terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim itu mula berhijab sekitar tahun 2019.

Hari demi hari, penampilannya yang semakin tertutup, kurang bersolek dan menghias diri kian mendapat pujian ramai dalam media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI