fbpx

Polis cari saksi kemalangan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan.

PETALING JAYA – Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan insiden kemalangan yang menyebabkan seorang maut di Jalan Lapangan Terbang Subang berhadapan Citta Mall malam tadi agar tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian boleh tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd. Hafeez Faesal A. Aziz di talin 011-32311232.

“Kemalangan tersebut melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah motosikal, bas persiaran dan sebuah jentolak.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku lebih kurang pukul 8.02 malam melibatkan seorang lelaki tempatan yang telah terlanggar tayar belakang sebelah kanan jentolak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mangsa kemudian terjatuh lalu digilis oleh sebuah bas persiaran yang melalui tempat kejadian.

“Akibat kejadian tersebut mangsa yang berusia 43 tahun itu maut di lokasi kejadian,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI