fbpx
WABAK influenza di China meningkat secara mendadak berbanding tahun lalu. - CPF

Amaran jangkitan serentak virus influenza dan Covid-19 di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING – Doktor-doktor memberi amaran mengenai risiko jangkitan serentak virus influenza dan Covid-19 secara sporadik selepas wabak itu dikesan di China baru-baru ini, lapor laman berita Wion News semalam.

“Antara 507 kes wabak influenza di 17 wilayah antara 4 April hingga 19 Jun lalu, 503 daripadanya dikesan di selatan China. 

“Jumlah itu meningkat secara mendadak berbanding 136 kes pada 2021 dalam tempoh masa yang sama,” demikian laporan terbaru oleh Pusat Influenza Kebangsaan China (CNIC).

Wabak influenza ditakrifkan berlaku apabila 10 atau lebih kes direkodkan.

“Didorong oleh permintaan yang besar, berlaku kekurangan bekalan ubat antiviral influenza seperti oseltamivir di kebanyakan farmasi di selatan China,” demikian menurut akhbar Global Times.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), tindakan membezakan antara influenza dan Covid-19 tidak boleh dilakukan hanya dengan melihat gejala sahaja kerana ia mempunyai beberapa simptom yang sama.

Ujian diperlukan untuk mengetahui penyakit yang dialami dan untuk mengesahkan diagnosis. Ia diperlukan untuk menentukan sama ada pesakit dijangkiti kedua-dua virus itu pada masa yang sama. – Agensi 

POPULAR