fbpx

Pengemis baling selipar jika pemandu tidak beri wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selain melempar selipar, pengemis ini juga dilihat memaki hamun pemandu yang tidak memberikan derma kepadanya. - Instagram/memomedsos

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan aksi seorang pengemis yang mengamuk sehingga sanggup melempar selipar ke arah pemandu di jalan raya, lapor laman berita Suara.com kelmarin.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Kota Semarang, wilayah Jawa Tengah itu dikatakan berpunca daripada rasa marah pengemis berkenaan kerana tidak diberikan wang.

Selain membaling  selipar, dia juga memaki hamun pemandu kerana  tidak memberikan derma kepadanya.

“Sudahlah mengamuk, bibirnya juga tidak lekang dengan sumpah seranah. Susah betul kalau berdepan  orang seperti ini,” demikian menurut kenyataan dalam hantaran video tersebut.

Sementara itu, menurut laporan laman berita Ayo Semarang, pengemis tersebut pernah ditangkap  polis Kota Semarang sebanyak dua kali.

“Sebelum ini, pengemis tersebut telah diberkas di Kalibanteng. 

“Dia   tidak mempunyai masalah gangguan mental tetapi kerap  menghempas pintu kereta dan meludah kepada orang ramai jika tidak memberikannya wang derma,” kata Ketua Polis Perbandaran Kota Semarang, Fajar Purwoto. – Agensi  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI