fbpx

Budak lelaki tangkap, pegang tikus sebelah tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang kanak-kanak lelaki yang berani memegang seekor tikus menggunakan sebelah tangan. – Instagram

JAKARTA – Sebuah klip di media sosial Indonesia memaparkan keberanian seorang budak lelaki yang menangkap tikus dengan menggunakan sebelah tangannya, lapor laman berita Suara.com.

Video dirakam oleh ibu kepada kanak-kanak itu dimuat naik dalam akaun Instagram @nyinyiran.jowo. 

Dalam paparan berkenaan, kanak-kanak itu dilihat dengan tenang memegang seekor tikus menggunakan sebelah tangannya. 

Wanita itu terkejut melihat apa yang dibawa oleh anaknya. Dia juga bingung kerana anaknya tidak takut dengan tikus. 

“Dari mana datangnya?” tanya wanita itu.

“Dari situ,” jawab anaknya sambil menunjukkan ke arah dapur.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Ketika kecil menangkap tikus, harap-harap sudah besar nanti boleh tangkap tikus pejabat,” komen seorang netizen.

“Tikus itu boleh berpusing dan gigit jari. Dulu saya pernah kena gigit. Macam tu lah saya pegang, pada ekornya,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI