fbpx

Belum rezeki dapat anak, Rafidah Ibrahim keguguran lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAFIDAH berkongsi kisah keguguran kali keduanya menerusi Instagram.

PETALING JAYA – Impian pelakon Rafidah Ibrahim untuk memiliki zuriat sulung sekali lagi tidak kesampaian apabila kehamilan keduanya mengalami keguguran padsa Jumaat lalu. .

Khabar duka itu telah dikongsi selebriti berusia 36 tahun itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

“Jumaat sebelum masuk waktu maghrib anak dalam kandungan saya, Abdullah bin Shahzemir yang berusia empat bulan tujuh hari telah pergi (keguguran). Petang (hari yang sama), dari pukul lima petang saya mengalami sakit perut dan menyangka masalah angin yang teruk dalam badan terutama di bahagian bawah perut.

“Saya biarkan dan berehat walaupun sakitnya hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Sebelum masuk waktu maghrib dan sebelum berwuduk, saya berhadas kecil. Ketika itulah terasa sesuatu ingin keluar,” katanya.

Katanya lagi, dia segera memanggil suami untuk memberitahu masalah yang dialaminya, dan disuruh suami untuk membiarkan janin itu keluar sendiri.

“Saya tadahkan tangan, pada waktu itu, janin keluar di atas tapak tangan saya dan saya ada rasa sedikit pergerakan sebelum suami memotong tali pusat.

“Pada waktu itu, perasaan panik ada, nak menangis pun ada tapi bila saya pegang ‘baby’, Subhana-Allah indahnya ciptaan Allah SWT.

“Perasaan panik dan sedih tadi bertukar serta merta jadi gembira saat saya dan suami melihat keindahan ciptaan Allah itu walaupun belum sempurna tapi sudah cukup sifat,” ujarnya yang terus dibawa ke hospital oleh suami untuk tindakan lanjut.

Menurut bekas juara program Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007 itu, jantina bayi tidak dapat dikenalpasti, namun mereka menamakannya Abdullah (hamba Allah).

Dalam Instagram miliknya, Rafidah turut berkongsi video pengebumian bayinya yang disempurnakan di Tanah Perkuburan Islam Ampang, bersebelahan dengan kubur arwah ibu dan bapanya.

“Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan bagi anak syurga ini,” katanya.

Terdahulu, Rafidah pernah mengalami keguguran buat kali pertama pada November tahun lalu selepas mengalami pendarahan.

Sekadar info, Rafidah selamat melangsungkan pernikahan dengan bekas pengurusnya Shahzemir Shahzulkarib, 37, pada 5 Mei lalu.

Pasangan yang sudah berkenalan lebih 10 tahun itu bernikah di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini, dalam majlis sederhana yang hanya dihadiri keluarga terdekat kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI