fbpx

Wanita dapat semula bagasi hilang selepas 3 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khadija kehilangan bagasi miliknya di lapangan terbang Islamabad pada 2018 bersama-sama dengan beberapa barangan berharga miliknya. – India Today

ISLAMABAD, PAKISTAN – Seorang wanita di Pakistan tidak menyangka akan mendapat kembali barangan berharga miliknya yang  hilang selama tiga tahun selepas kehilangan bagasi di sebuah lapangan terbang, lapor majalah India Today semalam.

Berdasarkan perkongsian di Twitter, wanita bernama Khadija itu berkata, dia kehilangan bagasi miliknya di Lapangan Terbang Islamabad pada 2018.

Bagasi tersebut berisi iPad, peranti bacaan elektronik dan cakera keras yang mengandungi seluruh salinan data pada telefon bimbitnya.

“Tiga tahun kemudian iaitu pada 2021, ketika saya sudah melupakan insiden kehilangan bagasi itu, saya menerima panggilan telefon daripada seorang pemilik kedai di Jehlum,” katanya.

Menurut Khadija, individu berkenaan menemui barangan tersebut dan membuka cakera keras miliknya bagi mencari nombor telefon untuk menghubunginya.

“Saudara lelaki saya kemudian pergi ke Jehlum untuk mengambil kembali barangan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada lelaki berkenaan.

“Dia tinggal di sebuah perkampungan kecil, mempunyai kedai yang kecil dan hidup dalam kemiskinan. Namun, dia cuba sedaya upaya untuk memulangkan barangan tersebut kepada pemiliknya,” ujarnya.

Hantaran itu menjadi tular dengan pengguna memberi pendapat bahawa masih ramai individu yang baik hati wujud di dunia ini.

“Kejadian ini membuatkan saya ingin percaya kepada semangat kemanusiaan. Ia amat jarang, namun masih berlaku. 

“Semoga lelaki tersebut mendapat apa yang dia inginkan serta sentiasa gembira dan aman,” kata seorang netizen. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI