fbpx

Tipu duit orang RM1.9 juta, bayar denda hanya RM26

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elkabbas menggunakan gambarnya selepas menjalani pembedahan membuang batu karang dalam laman pengumpulan dana yang mendakwa dia berdepan kanser ovari. - PA

LONDON – Seorang wanita yang mengaut keuntungan berpuluh-puluh ribu pound daripada derma orang ramai selepas mendakwa dirinya menghidap kanser hanya perlu membayar denda sebanyak £5 (RM26), lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Nicole Elkabbas, telah menjalani hukuman penjara dua tahun sembilan bulan pada tahun lalu selepas didapati bersalah menipu dalam kes pengumpulan dana online yang kononnya bagi membiayai rawatan kansernya.

Satu rayuan palsu di sebuah halaman mendakwa wanita berkenaan perlu menjalani rawatan menyelamatkan nyawa untuk kanser ovari dengan berjaya mengumpul lebih £52,000 (RM280,739).

Dia membelanjakan wang tunai tersebut dengan menikmati percutian mewah di luar negara dan memenuhi ketagihannya terhadap aktiviti perjudian.

Sejak penahanan Elkabbas, penyiasat kes mendedahkan dia berjaya mendapatkan wang terkumpul sebanyak £360,000 (RM1.9 juta) melalui eksploitasi jenayahnya.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan Elkabbas hanya perlu membayar £5 dalam tempoh 28 hari akan datang kerana tidak mempunyai aset atau apa-apa prospek realistik bagi membayar balik jumlah keseluruhan.

Hakim Mark Weekes berkata, penipuan yang dilakukan adalah licik dan manipulatif.

Beliau turut menyifatkan tindakan Elkabbas sebagai satu penghinaan terhadap mereka yang benar-benar berjuang untuk melawan penyakit maut itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI