fbpx

Malaysia mampu wujudkan institusi ala British Council

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Amri. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Sebenarnya kita boleh buat lebih baik,” demikian reaksi spontan Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin kepada pemberita.

Beliau berkata demikian sambil menyifatkan sudah sampai waktunya Malaysia memiliki institusi khusus di pelbagai negara ala British Council malah beliau optimis usaha tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil.

Idea itu pernah dicadangkan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah untuk diwujudkan di beberapa buah negara tertentu sebagai alat diplomasi budaya kepada masyarakat dunia.

Konsep universal British Council sesuai dijadikan sebagai model rujukan dengan ditempatkan atase kebudayaan selaku pegawai perhubungan bertaraf diplomat bagi menguruskan aktiviti.

Kaedah itu ujarnya, sama seperti Tourism Malaysia, Lembaga Pelaburan Malaysia, Education Malaysia atau atase pertahanan di kedutaan tetapi skop tugas lebih fokus kepada diplomasi awam.

Mengulas lanjut, Shamsul Amri dalam nada berseloroh memberi contoh kejayaan makanan popular Jepun yang mampu memberi pengaruh kepada dunia untuk membeli produk mereka.

“Dia (Jepun) hanya ajar orang asing cara makan susyi dan akhirnya kita pula beli kereta Jepun. Begitu juga budaya menyanyi karaoke yang kemudian jadi fenomena global pula,” katanya selepas majlis pelancaran buku tulisannya ‘Readings on Malaysia: Selected Essays’ oleh Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah secara maya di Hotel Zenith Putrajaya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI