fbpx
Tangkap layar memaparkan pergaduhan di antara seorang lelaki dengan seorang pekerja wanita di sebuah pasar raya.

Lelaki mengamuk di pasar raya undang tanda tanya ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Sebuah video pergaduhan yang berlaku di sebuah pasar raya menjadi tular di media sosial menyaksikan pertelingkahan antara seorang lelaki dengan seorang pekerja wanita.

Menerusi perkongsian Muhammad Hafiz di Facebook semalam, lelaki tersebut dilihat menengking pekerja terbabit sambil menunding jari ke arahnya.

Bagaimanapun, situasi tegang itu berjaya diredakan oleh beberapa individu lain, namun punca kejadian belum dapat dipastikan.

Sehingga kini, ia masih menjadi tanda tanya orang ramai dan pelbagai spekulasi diberikan berhubung insiden tersebut.

“Ini mesti kes bengang minyak masak paket habis dekat pasar raya, terus dimarah pekerja yang ada,” komen seorang pengguna.

“Orang kita sekarang ini, masalah sikit mesti nak marah, mengamuk, susah sangat nak cakap baik-baik, berbincang, tengok pekerja wanita itu macam dah berusia, kesian nampak nak menangis wajahnya bila kena herdik macam itu,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

POPULAR