fbpx

PKNS sasar jualan SELBIZ 2022 catat transaksi jualan RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan transaksi urus niaga bernilai RM1 juta semasa Ekspo Usahawan Selangor 2022 (SELBIZ 2022) dengan sasaran kehadiran sejumlah 10,000 pengunjung.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Dato’ Mahmud Abbas berkata, program tersebut akan berlangsung selama dua hari bermula 3 September ini bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam.

Menurut beliau, program sulung SELBIZ 2022 itu akan dirasmikan  Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan ia dijangka menjadi penggerak kepada prestasi ekonomi negeri pada tahun ini, seterusnya mempergiatkan pertumbuhan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik. 

“Sudah terbukti selama ini bahawa fleksibiliti dan kebolehsuaian merupakan kunci kepada perniagaan yang berjaya. 

“Kini, ciri-ciri keusahawanan yang unik dan ditambah dengan produk serta perkhidmatan yang berkualiti adalah penting untuk menggiatkan semula ekonomi dalam usaha pemulihan era pasca-pandemik,” katanya dalam kenyataan.

SELBIZ 2022 bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan usahawan pemula niaga dan peniaga kecil untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk kepada capaian khalayak yang lebih luas. 

Program ini juga diharap dapat membantu mereka untuk meningkatkan perniagaan sedia ada dengan membuka peluang kepada jaringan rangkaian di peringkat yang lebih tinggi serta prospek penembusan pasaran bersama pemain industri

Tambah beliau, ekspo ini juga memberi peluang kepada usahawan untuk menjalin rangkaian perniagaan dan berhubung terus dengan agensi terkenal seperti Matrade, SME Corp, Tekun Nasional, SELDEC, Mara serta rangkaian pasar raya seperti Malakat Mall dan Lotus’.

Sesi latihan khusus bersama jurulatih perniagaan dari Klinik Usahawan Selangor, sebuah program Kerajaan Negeri Selangor, turut disediakan untuk usahawan dan pengunjung. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI