fbpx

Pol Espargaro pertimbang tarik diri di GP Belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POL mengakui masih mengalami kesakitan di bahagian tulang rusuk ketika menjalani FP 1 di Assen kelmarin. – AFP

ASSEN, Belanda – Pelumba pasukan Repsol Honda, Pol Espargaro tidak menolak kemungkinan untuk menarik diri daripada perlumbaan Grand Prix (GP) Belanda di Litar Antarabangsa Assen pada saat akhir ekoran masih belum pulih sepenuhnya.

Sebagai rekod, Espargaro yang mengalami kecederaan ketika mengharungi sesi latihan bebas (FP) pada GP Jerman di Litar Sachsenring minggu lalu telah membuat kemunculan pada FP di Assen kelmarin.

Namun, pelumba kelahiran Sepanyol itu mengakui tidak boleh memberi saingan kompetitif seperti kebiasaan memandangkan kesakitan di bahagian tulang rusuknya masih lagi dirasai sewaktu menunggang jentera.

“Ketika saya mengharungi FP pertama kelmarin, keadaan dilihat bertambah baik disebabkan keadaan litar yang licin, sekali gus membuatkan kesakitan yang saya alami sebelum ini tidak begitu dirasai dan saya boleh me­nunggang jentera dengan begitu pantas.

“Situasi berbeza ketika memasuki FP kedua, yang mana saya rasa begitu sakit khususnya di tulang rusuk sehingga menjejaskan prestasi serta tunggangan saya. Malah, kesakitan tersebut membawa ke bahagian belakang yang begitu memeritkan.

“Saya akan berbincang terlebih dahulu dengan pihak pe­ngurusan dan jika rawatan yang diberikan tidak membantu melegakan kesakitan ini, mungkin saya tidak akan bersaing pada GP Belanda nanti,” katanya.

Espargaro hanya mampu mengutip 40 mata setakat ini setelah gagal menamatkan tiga perlumbaan GP musim ini di GP Argentina, Itali dan Jerman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI