fbpx

Perang Ukraine punca 50 juta penduduk kelaparan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SETIAUSAHA Negara AS, Antony Blinken dan Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock bercakap pada sidang akhbar selepas mesyuarat di Berlin pada 24 Jun lalu. – AFP

BERLIN – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken memaklumkan bahawa perang Russia ke atas Ukraine akan meningkatkan bilangan penduduk dunia yang kelaparan antara 40 hingga 50 juta orang, lapor laman berita Wion News semalam. 

Beliau memaklumkan perkara tersebut ketika bercakap dalam sidang akhbar bersama Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock. 

“Tiada sebab lain (krisis makanan) melainkan sekatan Russia ke atas Ukraine dan penolakan Moscow untuk mengeksport bijirinnya atas sebab-sebab politik.

“Keselamatan makanan bermakna bekalan global tidak boleh digunakan untuk tujuan politik,” katanya.

Baerbock pula berkata, semua rakan kongsi antarabangsa perlu bekerjasama untuk menentang ‘perang bijirin’ oleh Russia yang berpotensi mengganggu kestabilan bekalan makanan dunia.

Menurutnya, Russia menjadikan dunia sebagai tebusan dengan memulakan ‘perang bijirin’, manakala Moscow sengaja membiarkan harga makanan melambung tinggi untuk menjejaskan kestabilan negara-negara di dunia.

Penghantaran bijirin melalui Laut Hitam turut terhenti oleh periuk api dan sekatan tentera Russia ke atas pelabuhan-pelabuhan Ukraine. Tindakan itu menyebabkan harga makanan me­lonjak seterusnya mencetuskan inflasi global.

Negara-negara Afrika adalah yang paling terjejas kerana bergantung kepada bekalan gandum dari Russia dan Ukraine, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Susulan itu, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menjanjikan bantuan tambahan £371 juta (RM2 bilion) kepada negara-negara yang teruk terjejas akibat kenaikan harga makanan global termasuk £130 juta (RM701.8 juta) untuk Program Makanan Dunia pada tahun ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI