fbpx

Zinedine Zidane sanggup ke PSG, tapi minat kemudi Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIDANE dikaitkan ke PSG selepas pemecatan Pochettino, namun beliau juga meminati tugas bersama skuad kebangsaan Perancis. – AFP

PARIS – Zinedine Zidane meng­akui sentiasa membuka peluang untuk bergelar ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG) atau sekiranya ditawarkan tempat menggantikan pengendali Perancis, Didier Deschamps.

Spekulasi masa depan Zidane, 50, terus hangat diperkatakan sejak melepaskan kerusi ketua jurulatih Real Madrid pada Mei tahun lepas apabila dikaitkan dengan pelbagai jawatan ketika ini.

Zidane sebelum ini dikatakan bakal mengisi kekosongan ditinggalkan Mauricio Pochettino tetapi Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi mengesahkan sudah menemui calon iaitu pengendali Nice, Christophe Galtier.

“Jangan sesekali berkata tidak. Ketika beraksi sebagai pemain, saya ada banyak pilihan dan boleh dikatakan semua kelab, tetapi sukar apabila anda kini seorang jurulatih.

“Saya tidak boleh pergi ke 50 kelab, kemungkinan yang ada cumalah dua atau tiga pasukan. Inilah realitinya sebagai jurulatih kerana pilihan anda amat terhad berbanding pemain.

“Jujurnya, saya harap satu hari nanti saya dapat menjadi ketua jurulatih Perancis. Ia adalah satu pengalaman ter­indah dalam hidup saya jika ia menjadi kenyataan,” kata Zidane.

Legenda Perancis itu berjaya memenangi pelbagai trofi bersama Real dengan tiga gelaran Liga Juara-Juara, dua La Liga, dua Piala Kelab Dunia, dua Piala Super Eropah dan satu Piala Super Sepanyol.

Resume menarik menyaksikan Zidane dilihat sebagai calon sesuai menggantikan Deschamps yang akan tamat kontrak bersama skuad antarabangsa Perancis selepas tamat Piala Dunia Qatar 2022. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI