fbpx
TZE YONG gembira diberi peluang untuk beraksi pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas Zii Jia menarik diri.

Tze Yong sedia manfaatkan peluang keemasan di Birmingham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong tetap optimis mampu melakar kejutan dengan menaiki podium pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang akan membuka tirainya dari 28 Julai hingga 8 Ogos depan.

Tze Yong, 22, enggan mensia-siakan peluang keemasan selepas namanya dipilih Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi menggantikan tempat jaguh Asia, Lee Zii Jia yang menarik diri kelmarin.

Begitupun, peluangnya dilihat sukar kerana perlu berdepan ramai pemain di ranking lebih tinggi antaranya pemain No.10 dunia dari India, Lakshya Sen dan juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew.

“Ini satu tanggungjawab besar (ganti Zii Jia). Saya gembira ke­rana ini adalah Sukan Komanwel pertama saya, harap dapat bermain dengan bagus.

“Saya tak akan fikir banyak dan fokus kepada aksi sahaja. Saya juga tiada tekanan dan harapnya dapat menang pingat, apa-apa warna tidak kisah,” kata pemain di ranking ke-48 dunia itu.

Zii Jia di ranking kelima dunia, menarik diri kerana mahu memberikan tumpuan kepada Kejohanan Dunia 2022 di Tokyo, Jepun dari 22 hingga 28 Ogos iaitu dua minggu selepas hari terakhir temasya Sukan Komanwel.

Rata-ratanya memahami keputusan pemain dari Alor Setar, Kedah itu yang mahu menjadi individu Malaysia pertama bergelar juara dunia selepas tewas kepada Anders Antonsen dari Denmark di suku akhir edisi tahun lepas.

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang tiga kali terkandas di final Kejohanan Dunia, turut memahami tindakan Zii Jia, namun dalam masa sama tetap merasakan Sukan Komanwel juga penting buat negara.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria juga dalam satu laporan memberi­tahu beliau sudah dimaklumkan mengenai keputusan penarikan Zii Jia

POPULAR