fbpx

Kunyah roti canai berisi tali mop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video pelanggan sebuah premis makanan mendakwa roti canai berisi tali mop.

PETALING JAYA – Seorang gadis trauma apabila roti canai yang dipesan di sebuah restoran didakwa mengandungi tali mop.

Menerusi perkongsian oleh pemilik akaun media sosial Yonabi, dia bersama rakannya sedang menikmati roti canai tersebut, namun kejadian itu bertukar menjadi tragedi hitam apabila roti dikunyah tidak lumat.

Setelah diperhatikan, terdapat seurat tali mop yang didapati dalam roti canai tersebut.

Dalam pada itu, dia turut memberitahu mereka diminta membayar makanan tersebut tanpa diskaun oleh pemilik kedai tersebut.

Perkongsian tersebut tular sehingga mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang marah dengan tindakan peniaga tidak menjaga kebersihan premis.

“Aku ingatkan aku seorang sahaja yang pernah kena macam ini. Haih,” luah seorang pengguna.

Sementara itu, beberapa pengguna lain turut berkongsi pengalaman yang hampir sama seperti gadis itu di ruangan komen.

“Tali mop! Masa aku kena dulu, ada cicak dalam tomyam. Kawan aku dah habis makan dua pinggan sebab ingatkan itu cendawan. Rupanya cicak,” kongsi Black Rose.

“Saya pernah makan roti canai ada bulu. Terus serik dan tak mahu pergi lagi ke kedai itu,” luah seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI