fbpx
Penguat kuasa KPDNHEP menjalankan Ops Anti Sorok dengan memeriksa bekalan minyak masak botol di sebuah pasar raya di Tanah Merah hari ini. FOTO: IHSAN KPDNHEP TANAH MERAH

Jangan sorok stok ayam, telur, minyak masak botol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH – Peniaga atau peruncit yang didapati sengaja menyembunyikan stok ayam, telur dan minyak masak botol berdepan tindakan denda RM1 juta bagi individu dan RM2 juta untuk syarikat.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tanah Merah, Ahmad Azizi Abdul Kadir berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap peniaga dan pemborong yang berbuat demikian dan tindakan tegas akan diambil susulan pengumuman pemansuhan subsidi ketiga-tiga barangan itu bermula pada 1 Julai ini.

Menurut Ahmad Azizi, sehubungan itu, pihaknya telah menjalankan Ops Anti Sorok yang bermula 16 Jun lalu untuk memeriksa sekiranya ada pemborong dan peruncit menyimpan stok barangan tersebut.

“Dalam operasi itu, sebanyak 60 premis di daerah ini diperiksa. Setakat ini, tiada pemborong dan peruncit didapati menyimpan barangan tersebut.

“Sekiranya ada, mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh didenda sebanyak RM1 juta bagi individu dan RM2 juta bagi syarikat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- KOSMO! ONLINE

POPULAR