fbpx

Pihak pendakwaan fail rayuan keputusan bebas Samirah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Samirah Muzaffar dan dua remaja berusia 16 dan 19 tahun daripada tuduhan membunuh.

SHAH ALAM – Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan terhadap keputusan pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja berusia 16 dan 19 tahun daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Allahyarham Nazrin Hassan, kelmarin.

Perkara itu disahkan Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail ketika dihubungi media di sini hari ini.

Menurut beliau, rayuan dibuat sehari selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ab. Karim Ab. Rahman memutuskan Samirah, 47, dan dua remaja terlibat bebas daripada pertuduhan itu dan permohonan rayuan dibuat AGC pada Rabu petang.

“Saya mengesahkan rayuan difailkan pada petang semalam,” katanya.

Terdahulu, abang kepada Allahyarham, Dr. Abdul Aziz, 62, berkata, beliau akan memohon pendakwaan membuat rayuan di atas pembebasan tertuduh demi keadilan adiknya.

Selasa lalu, Samirah dan dua remaja terlibat dilepas dan dibebaskan selepas pihak pendakwaan didapati gagal membuktikan waktu sebenar kejadian itu berlaku.

Mereka bertiga didakwa melakukan perbuatan tersebut antara pukul 11.30 malam, 13 Jun 2018 dan 4 pagi keesokan harinya di sebuah rumah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya dekat sini.

Ketiga-tiga mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Selain ketiga-tiga tertuduh turut berhadapan dengan tuduhan sama ialah seorang pembantu rumah warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang dipercayai bersubahat dengan jenayah tersebut dan sepatutnya dituduh bersama, namun masih lagi bebas.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI