fbpx

Kapal perang Russia, China belayar berhampiran Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej dikeluarkan Kementerian Pertahanan Jepun menunjukkan kapal Lhasa berada berhampiran perairan Jepun. – Kementerian Pertahanan Jepun

TOKYO – Sekurang-kurangnya lapan kapal perang Russia dan China dikesan di perairan berhampiran Jepun minggu ini dalam satu lagi isyarat bahawa Moscow dan Beijing meningkatkan  tekanan ke atas Tokyo berhubung isu Ukraine serta Taiwan.

Saluran berita CNN melaporkan kelmarin bahawa Kementerian Pertahanan Jepun sedang memantau lima kapal perang Russia  yang diketuai  kapal pemusnah, Admiral Panteleyev. Kapal-kapal perang itu belayar di Selat Tsushima yang memisahkan Jepun dan Korea Selatan.

Kelima-lima kapal tersebut  berada berhampiran pulau-pulau milik Jepun selama seminggu, kata kementerian berkenaan dalam satu kenyataan akhbar.

Selain itu, sekurang-kurangnya dua kapal perang China dan sebuah kapal bekalan dikesan di Kepulauan Izu kelmarin, kira-kira 500 kilometer ke selatan Tokyo.

Sebuah kapal itu dikenal pasti sebagai Lhasa iaitu  kapal pemusnah Jenis 55 yang  merupakan antara kapal perang terkuat milik Beijing.

Menurut Kementerian Pertahanan Jepun, armada kecil  tersebut berada di perairan berhampiran Jepun sejak 12 Jun lalu.

“Ini adalah pameran kekuatan yang jelas oleh  Russia dan China,” kata Profesor Madya James Brown dari Universiti Temple di Tokyo.

Tokyo bagaimanapun tidak menyatakan sama ada tentera laut Russia dan China itu menyertai latihan tentera atau menyelaras aktiviti ketenteraan lain. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI