fbpx

Kami tetap berkawan baik – Ashira, Bad Indigo bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASHIRA dan Bad mengumumkan perpisahan mereka menerusi sebuah video dalam Instagram sebentar tadi.

PETALING JAYA – Tanpa angin dan ribut, penyanyi Ashira Aziz dan Bad Indigo mendedahkan mereka sah bercerai selepas masing-masing mencapai kata persetujuan untuk berpisah.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri pasangan itu menerusi Instagram Bad beberapa jam lalu dengan memberitahu, mereka sah berpisah sebentar tadi.

Kata Bad, biarpun sudah berpisah tetapi hubungannya dengan Ashira akan tetap berjalan seperti biasa kerana mereka sepakat berkawan baik sampai bila-bila.

“Kami dah capai persetujuan bersama, tadi dah sah berpisah. Tapi tetap berkawan sebab memang kami nak berkawan sampai bila-bila,” ujar Bad.

Tambah Ashira atau nama lengkapnya Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 38, dia dan Bad tidak mempunyai sebarang masalah dan enggan membesar-besarkan punca sebenar perpisahan mereka.

Malah penyanyi itu meminta pihak media agar tidak lagi menghubunginya atau Bad selepas ini untuk bertanya lanjut tentang perceraian yang berlaku.

“Kami tetap baik, tak ada masalah antara kami. Untuk rakan media, selepas ini, dah tak perlulah telefon, tanya kenapa, apa punca, bila bercerai.

“Apa yang penting, perpisahan ini tiada orang ketiga. Biar saya, dia dan Tuhan sahaja yang tahu. Saya harap video ini sudah jelas dan selepas ini tiada lagi pertanyaan bukan-bukan.

“Kepada semua yang di luar sana juga, jangan cerita benda tak betul pasal kami,” pinta Ashira.

Dalam perkongsian video tersebut, Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yep Abdullah, 47, menerusi kapsyen menulis coretan tentang perpisahan yang berlaku antara dirinya dengan Ashira.

“Telah tertulis di Luh Mahfuz akan setiap langkah perjalanan hidup kita. Dengan siapa kita kenal, berkawan, jumpa jodoh dan bila ajal kita tiba.

“Jadi usah risau akan perjalanan hidupmu. Kita hanya merancang. Tetapi Allah SWT sebaik-baik perancang,” tulisnya.

Terdahulu, Ashira dan Bad mendirikan rumah tangga pada 11 Mac tahun lalu selepas mula akrab ketika sama-sama menyertai program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Dua minggu selepas diijabkabulkan, pasangan itu diuji apabila Bad dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi menjalani pembedahan memotong satu jari kaki kirinya.

Anggota kumpulan Indigo itu kemudian sekali lagi dimasukkan ke hospital pada 9 Mei tahun lalu menjalani pembedahan memotong tiga lagi jari kaki bagi mengelakkan bakteria dari merebak.

Keadaan tersebut menyebabkan Bad terpaksa bertongkat dan berat badannya pula semakin susut kerana tiada selera makan.

Bagaimanapun pada September tahun lalu, semua jari kaki sebelah kiri Bad terpaksa dipotong akibat kencing manis kronik. Malah dia mengakui memerlukan wang yang banyak untuk rawatan susulan.

Ketika diuji dengan suami yang sakit kritikal, Ashira turut melalui kehidupan mencabar apabila impiannya mewakili negara ke pertandingan World Championship of Performing Arts (WCOPA) yang berlangsung di Amerika Syarikat pada Julai depan lebur kerana gagal menyediakan dana sebanyak RM30,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI