fbpx

Kalau fikir duit, dah lama status saya Che Puan – Yasmin Hani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIKA hubungannya bersama Alif membawa ke alam perkahwinan, Yasmin berharap dia mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami dengan sebaiknya.

PETALING JAYA – “Sebut-sebut (nak kahwin) itu dah ada tapi dia (Alif Hadi) tahu apa yang saya nak.”

Demikian pengakuan pelakon dan pengacara, Yasmin Hani tentang hala tuju hubungan cintanya dengan kekasih, Alif Hadi.

Jelas pemilik nama lengkap Yasmin Hani Richardson Ismail Richardson itu, dia tidak mahu urusan perkahwinan dipandang enteng dan mengharapkan dengan siapa dia meneruskan kehidupan selepas ini, tanggungjawab sebagai suami digalas dengan sebaiknya oleh lelaki pilihannya.

“Jangan main-main. Saya tak nak nanti, anak persoalkan saya bercerai lagi. Saya tak nak sebab budak-budak sekarang, mereka bijak.

“Tiada sesiapa kahwin nak bercerai tapi kalau dah jadi, saya percaya, mereka tidak mahu atau jauh sekali mahu dipandang hina sebab kita semua ingin mencuba.

“Jadi, anak-anak saya bijak dan saya boleh cakap, tiada siapa pun nak rumah tangga berakhir dengan perceraian sebenarnya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Sementara itu, Yasmin, 43, turut memaklumkan sekiranya terpaksa meneruskan kehidupan sebagai wanita berstatus janda sampai bila-bila, itu tidak menjadi satu masalah buat dirinya.

“Saya tak kisah dan sebab itu saya cakap, kalau saya menjanda pun dan asalkan saya bahagia dan ada duit, saya jalan terus dan saya okey.

“Sebab zaman sekarang ini, ada duit, pandailah seseorang itu cari kebahagiaan mereka di mana.

“Bukan saya nak cakap duit segala-galanya. Kalaulah saya fikir duit sahaja, dah lama dah saya kahwin dengan kerabat diraja. Kalau tak dah berstatus Che Puan sekarang,” ujarnya.

Terdahulu, Yasmin berkahwin dengan bekas pemain dram kumpulan Blackrose pada 2011 namun bercerai tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Noah Ismail Wong, 7, dan Eissa Elzander Wong, 5.

Terdahulu, Yasmin yang merupakan bekas penyampai radio Era FM itu menjalin hubungan dengan pelakon, Alif Hadi yang berusia 10 tahun lebih muda daripadanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI