fbpx

Dua import baharu dijangka dapat bantu KDA FC – Aidil Shahrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIDIL SHARIN (dua dari kanan) percaya dua pemain import baharu diharap dapat membantu KDA FC meraih keputusan positif pada saingan Piala AFC.

KETUA Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak yakin pemain import baharu, Mahmoud Al-Mardi serta Sanrawat Dechmitr mampu menjelmakan kesan positif buat pa­sukan itu pada saingan Piala AFC.

Menurutnya, kedua-dua pemain itu memiliki kelebihan yang mampu mendatangkan impak kepada pasukan meskipun belum sepenuhnya diuji dalam mana-mana perlawanan kompetitif bersama KDA FC.

“Masing-masing perlu diberi ruang kerana masih baharu de­ngan pasukan. Kita tidak boleh menjangkakan Sanrawat serta Mahmoud akan serasi sepenuh­nya dalam tempoh singkat.

“Namun, daripada apa yang saya perhatikan, kedua-dua pemain ini mampu membantu pa­sukan bagi berdepan Piala AFC kali ini,” katanya.

Kehadiran Mahmoud yang boleh diharap beraksi di posisi tengah dan sayap kiri mampu menambah kreativiti pasukan dalam menjana sera­ngan ketika seorang lagi pemain import, Dechi Marcel tampak cukup ligat menggerakkan ‘enjin’ pasukan.

Sanrawat pula yang memiliki 29 kap bersama pasukan kebangsaan Thailand turut tidak boleh diremehkan ketika pemain itu cukup kaya dengan pengalaman dalam aksi di peringkat ASEAN.

Ditanya sama ada kejayaan JDT serta pasukan kebangsaan melakar sejarah untuk mara le­bih jauh dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) serta Piala Asia baru-baru ini menambah tekanan pa­sukan selaku wakil Malaysia, Aidil berkata, perkara itu tidak perlu dijadikan perbandingan.

“Jangan lupa bahawa JDT dan Malaysia masing-masing beraksi di laman sendiri dengan soko­ngan penuh penyokong di stadium.

Berita berkaitan: Aura Harimau Malaya bakal iringi KL City FC – Akram Mahinan

“Kita pula berkelana dan beraksi di gelanggang lawan.

“Apa pun, ia tidak boleh dijadikan alasan. Saya sudah berpesan kepada pemain supaya mengambil peluang ini bagi membuktikan kemampuan mereka.

“Insya-Allah, kami akan berikan yang terbaik nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI