fbpx

Capaian internet di bandar, sub-luar bandar ditingkatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelancaran Satelit Measat-3d bakal membuka lembaran baharu dalam memberikan jaringan internet lebih tinggi kepada Malaysia.

PETALING JAYA – Rakyat di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bakal menikmati capaian internet yang lebih baik kini selepas Measat Global Berhad (MEASAT) melancarkan Measat-3d di Kourou, French Guina awal pagi tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, susulan pelancaran itu, keupayaan capaian internet di seluruh negara akan terus ditingkatkan seterusnya merapatkan jurang digital dalam kalangan rakyat.

“Dengan pelancaran Satelit Measat-3d, keupayaan capaian internet di kawasan bandar dan sub-luar bandar akan lebih ditingkatkan di seluruh Semenanjung selain Sabah dan Sarawak.

“Harapan saya adalah untuk pelancaran satelit ini membantu merapatkan jurang digital seterusnya menarik lebih anak muda untuk menceburi bidang aeroangkasa,” tulisnya dalam satu hantaran di Twitter tadi.

Terdahulu, Malaysia mencipta sejarah baharu dalam bidang aeroangkasa apabila Measat-3d berjaya dilancarkan di Kourou, French Guina kira-kira pukul 5.50 pagi tadi.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa turut menyifatkan jaringan jalur lebar di seluruh negara akan menjadi lebih baik dengan capaian dijangka berkeupayaan tinggi.

“Alhamdulillah, Measat-3d selamat dilancarkan. Insya-Allah, ia memungkinkan perkhidmatan jalur lebar satelit negara terus diperrtingkatkan daripada segi capaian internet dengan keupayaan lebih tinggi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI