fbpx

Pasca isu buli, Kim Garam kembali aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM GARAM

HAMPIR sebulan ‘hiatus’ gara-gara terjebak kontroversi isu buli ketika zaman persekolahan, status terkini penyanyi Kim Garam menjadi tanda tanya ramai.

Menerusi media sosial dan beberapa komuniti online, rata-rata netizen galak membincangkan status keberadaan Garam selepas direhatkan daripada menyertai sebarang aktiviti bersama kumpulan LE SSERAFIM.

Selepas diumumkan ‘hiatus’ atau direhatkan buat sementara waktu, pelbagai tuduhan berkaitan kes buli membabitkan Garam masih diterima sehingga membuatkan netizen mendesak namanya digugurkan daripada LE SSERAFIM.

Bagaimanapun, timbul dakwaan bahawa Garam seperti sedang membuat persiapan untuk kembali menyertai kumpulannya.

Dakwaan tersebut timbul selepas dia dilihat kerap melakukan latihan di studio label HYBE selain menurunkan tanda tangan di atas album ketika bertemu peminat.

Situasi tersebut sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa Garam pasti sedang kembali menyertai LE SSERAFIM.

Garam juga dikatakan terlibat dalam fotografi dan temu bual bersama sebuah majalah Jepun, Nonno keluaran Ogos depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI