fbpx

Anya Geraldine kekok cium dengan kawan baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANYA mengakui kekok untuk jayakan babak cium dengan Refal dalam naskhah Aku Pasti Ada Untukmu.

AKTRES jelita Anya Geraldine mengakui berasa kekok untuk melakonkan aksi berciuman dengan pelakon, Refal Hady dalam siri web baharu yang berjudul Aku Pasti Ada Untukmu.

Anya berasa pelik untuk melakukan adegan intim tersebut memandangkan hubungannya dengan Refal sangat akrab dan mereka sudah saling mengenali antara satu sama lain sejak lama.

“Saya rasa aneh dan kekok untuk berciuman dengan Refal kerana kami sudah lama saling mengenali.

“Bahkan dia juga merupakan sahabat akrab saya,” ujarnya.

Jelas pelakon berusia 26 tahun itu lagi, dia tetap bersikap profesional dan tetap melakukan aksi ciuman, malah dapat melakukannya dengan baik kerana faktor keserasian.

“Ini kali pertama kami berlakon bersama-sama dan saya gembira dapat bergandingan dengan Refal,” tutur Anya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI