fbpx

Agihan bayaran Fasa 2 BKM bermula 27 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayaran Fasa 2 BKM akan disalurkan mulai 27 Jun ini

PETALING JAYA – Bayaran berperingkat Fasa 2 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan disalurkan bermula 27 Jun ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi satu hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Menurut Tengku Zafrul, secara keseluruhannya, sebanyak RM1.74 bilion diperuntukan untuk memanfaat hampir 8.6 juta penerima daripada golongan yang berpendapatan rendah.

“Saya berharap bantuan daripada kerajaan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban #KeluargaMalaysia,” ujarnya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan tunai tambahan sebanyak RM100 bagi yang berkeluarga dan RM50 bagi yang bujang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI