fbpx

Video ‘rider’ curi bungkusan tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video CCTV yang tular di Facebook sejak semalam.

SEBERANG PERAI – Satu video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang pekerja syarikat perkhidmatan penghantaran dipercayai mencuri bungkusan barangan yang ditinggalkan di hadapan rumah di Kepala Batas di sini tular di media sosial.

Menerusi satu video berdurasi 52 saat yang dimuat naik individu bernama Arzlie Amir, kelihatan seorang ‘rider’ yang menunggang motosikal mengelilingi kawasan taman perumahan terbabit beberapa kali.

Difahamkan, lelaki tersebur turut singgah di rumah jiran dan berpura-pura untuk menjual kuih sebelum mengambil bungkusan yang terletak di tepi pagar kediaman teres terbabit.

Berdasarkan kapsyen pemilik video, nombor plat motosikal terbabit sudahpun diperolehi namun ‘rider’ itu diberi peluang untuk memulangkan kembali bungkusan yang diambil kepada tuan rumah.

Susulan tindakannya itu, lelaki tersebut telah mendapat pelbagai kecaman daripada netizen dengan rata-ratanya menyifatkan yang dia sudah mencemarkan nama baik ‘rider’ lain yang ikhlas mencari rezeki.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad mengesahkan kejadian tersebut berlaku di Bertam Putra namun tiada laporan polis dibuat setakat ini. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI